Visi
Menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang unggul, berdaya saing dan bertaraf dunia yang berlandaskan pengabdian kepada Pencipta.Misi
KTD komited menyediakan peluang pendidikan tinggi bersepadu dan terancang melalui perkhidmatan warga kerja berkualiti bagi melahirkan individu yang berilmu, berketerampilan dan berakhlak untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dan profesional negara.Falsafah KTD
“… Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan di kalangan kamu dengan beberapa darjat”Surah al-Mujadalah (58:11)
Pendidikan bersepadu adalah proses berterusan yang berteraskan tauhid bagi menghasilkan insan kamil yang dilengkapi dengan kepakaran dan kemahiran terkini, mampu menangani cabaran, memberi sumbangan serta membina ummah yang cemerlang.
Nilai Teras
1. Keimanan dan ketaqwaan sebagai tunjang2. Akauntabiliti dan integriti dalam menjalankan tugas
3. Sentiasa pro-aktif, kreatif dan inovatif dalam menagani cabaran dan peluang
4. Kebersamaan, kemesraan dan kesanggupan berkorban dalam mewujudkan persekitaran yang harmonis
5. Keperihatinan dan keutamaan kepada pelanggan
