Apakah peluang-peluang yang ada bagi graduan KTD melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi?
KTD menjalinkan kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi dari dalam dan juga luar negara bagi membuka peluang kepada graduan-graduannya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Secara umumnya, graduan KTD layak melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana IPTA/S tempatan, sesuai dengan bidang pengajian masing-masing. Graduan-graduan KTD telah berjaya menyambung pelajaran mereka ke peringkat Ijazah dan Masters di IPTA berikut:
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
Universiti Industri Selangor (UNISEL)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Di peringkat luar negara, KTD telah memeterai persefahaman (MoU) dengan University of Winchester di England, Dublin Business School di Ireland, Griffith College Dublin juga di Ireland, dan Southampton Solent University di England. Dengan MoU tersebut, lepasan-lepasan KTD akan berpeluang untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat ijazah di universiti-universiti berkenaan. Pelajar akan hanya perlu berada selama setahun setengah di universiti berkenaan untuk mendapatkan ijazah dalam bidang pengajian masing-masing. Bidang-bidang tersebut adalah Sains Komputer (IT,) Pengurusan Perniagaan, Perakaunan dan Kejuruteraan.
Di Griffith College Dublin, 5 program Ijazah Sarjana Muda dalam program 3+0 menawarkan bidang Perakaunan dan Kewangan, Teknologi Maklumat, Journalism dan Media, dan Marketing & Hospitality Management.
KTD akan terus berusaha menjalin kerjasama strategik dengan institusi-insitusi pengajian lain untuk tujuan ini.