Seramai 176 mahasiswa beroleh Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang telah diadakan pada 26 Mac 2009 yang lalu di Dewan Utama Kolej Teknologi Darulnaim.
Seramai 10 pelajar yang terbaik dari setiap kursus yang ditawarkan di KTD telah menerima Anugerah Gemilang. Anugerah Gemilang merupakan anugerah yang diberikan kepada pelajar terbaik bagi setiap program pada satu-satu semester. Kriteria pemilihan adalah 40% berdasarkan pencapaian akademik, 30% kemahiran insaniah dan 30% berdasarkan kualiti peribadi dan sahsiah. Penerima anugerah ini membawa pulang sijil anugerah dan wang tunai RM200. Berikut adalah senarai pelajar yang berjaya memperoleh Anugerah Gemilang:
Program Diploma Kejuruteraan Elektronik kerjasama Universiti Teknologi Malaysia(UTM) Asma' Syakirah Bt. Sazali (GPA 3.78 dan CPA 3.76)
Program Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) kerjasama Universiti Teknologi Malaysia(UTM) Abbas Salimi B. Zaini (GPA 3.67 dan CPA 3.67)
Program Diploma Sains Komputer (Multimedia) kerjasama Universiti Teknologi Malaysia(UTM) Muhammad Fansuri B. Kamarudin (GPA 3.31 dan CPA 3.24)
Program Diploma Pengurusan Teknologi kerjasama Universiti Teknologi Malaysia(UTM) Adeela Bt. Amat Sain (GPA 3.43 dan CPA 3.38)
Program Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) kerjasama Universiti Teknologi Malaysia(UTM) Nur Salimah Sabaruddin (GPA 3.60 dan CPA 3.30)
Program Diploma Pengajian Islam (Syariah) Kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Nur Waheedah Bt. Sabaruddin (GPA 3.96 dan CPA 3.96)
Program Diploma Pengajian Islam (Al Quran & Sunnah) Kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Nur Fathin Bt. Muhammad Fadzil (GPA 3.99 dan CPA 3.99)
Program Diploma Perbankan Islam Kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Mohd Faiz B. Zaki (GPA 3.81 dan CPA 3.81)
Program Diploma Multimedia KTD - Muhammad Faizal Ghazali (GPA3.35 dan CPA 3.05)
Program Diploma Pengurusan Perniagaan KTD - Selasiah Bt. Amir (GPA 3.64 dan CPA 3.64)
Saudari Asmaa' Syakirah Bt. Sazali telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Nilam KTD bagi sesi pengajian Julai 2008 / 2009. Anugerah Nilam adalah anugerah yang diberikan kepada pelajar terbaik keseluruhan KTD bagi satu-satu semester. Kriteria pemilihan adalah 40% berdasarkan pencapaian Akademik, 30% kemahiran insaniah dan 30% melalui kualiti peribadi dan akhlak.
Tahniah dan syabas.

Pihak Pengurusan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Mohd Farhan B. Md Razi, graduan KTD 2008 dalam bidang Diploma Pengurusan Teknologi Program Kerjasama UTM kerana telah berjaya menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Griffith College, Ireland. Beliau yang berasal dari P.Pinang, merupakan bekas Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KTD semester 2006 / 07. Sebelum ke Ireland, beliau sempat berkhidmat sebagai Pelatih Pengurusan di KTD selama 6 bulan. Semoga anda beroleh kejayaan dan menjadi pemangkin kecemerlangan kepada pelajar yang lain.
KTD kini menawarkan 5 program baru dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bagi Kemasukan Mei 2008. Program tersebut adalah pengajian Diploma Syariah, Diploma Dakwah, Diploma Al-Quran& Sunnah, Diploma Perbankan Islam dan Diploma E-Dagang. Semua program yang dinyatakan akan mengambil tempoh pengajian selama 3 tahun.