Kolej Teknologi Darulnaim
Banner
Akhlak Tunjang Kejayaan

KTD memberi keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan pembangunan akhlak dan jatidiri.

Home Maklumat Korporat

Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Permodalan Kelantan Berhad, dengan nama asalnya Institut Teknologi Darulnaim. Pada bulan Mei 2004, pengurusan ITD telah diambil alih oleh Akar Iklas Sdn Bhd, dan seterusnya ITD di tukar nama kepada KTD. Sehingga Julai 2008, KTD telah berjaya melahirkan seramai 681 orang graduan.

Kampus KTD yang terletak di Pengkalan Chepa mempunyai pelbagai kelengkapan dan kemudahan bagi menyampaikan pendidikan yang bersepadu kepada pelajar-pelajar. Pengurusan KTD yakin dan percaya bahawa pendidikan bersepadu adalah proses berterusan yang berteraskan tauhid bagi menghasilkan insan kamil yang dilengkapi dengan kepakaran dan kemahiran terkini, mampu menangani cabaran, memberi sumbangan serta membina ummah yang cemerlang. Untuk merealisasikan hala-tuju tersebut, KTD menggunakan pendekatan pengurusan yang dipanggil ABC. A adalah "associate staffs" iaitu menggunakan potensi kakitangan yang ada untuk menggembleng sumber manusia secara optimum; B adalah "business model" yang mengaplikasi keuntungan dan tanggungjawab sosial, dan C ialah "customers" iaitu pelanggan kolej yang terdiri daripada ibu bapa dan masyarakat.

Sehingga Julai 2008, KTD mempunyai seramai 724 orang pelajar sepenuh masa. SeramaiĀ  81 orang staf akademik dan bukan akademik bertugas di KTD pada masa ini. Daripada jumlah tersebut 40 orang daripadanya adalah pensyarah yang memiliki kelayakan akademikĀ  IPTA / IPTS tempatan, di mana seramai 9 orang memiliki Sarjana dan 31 orang memiliki Ijazah Sarjana Muda.

Struktur kakitangan KTD disusun mengikut fungsi Bahagian seperti berikut:

  1. Bahagian Pentadbiran & Perjawatan
  2. Bahagian Hal Ehwal Akademik
  3. Bahagian Hal Ehwal Pelajar
  4. Bahagian Kewangan, Tajaan & kawalan Kredit
  5. Bahagian Komunikasi Korporat, Latihan & Perundingan, dan Pengambilan Pelajar
  6. Bahagian Pembangunan Prasarana & Senggara (PPS.)

Dalam aspek prasarana dan kemudahan-kemudahan pelajar, KTD menyediakan kelengkapan intrastruktur, peralatan dan teknologi, di samping kemudahan bagi memenuhi kebajikan dan keperluan sosial warga KTD. Kemudahan tersebut termasuklah dewan dan bilik-bilik kuliah yang kondusif, perpustakaan dan pusat sumber, makmal dan bengkel komputer, bengkel kejuruteraan, penginapan dan pengangkutan, kafeteria, dan tidak ketinggalan juga kemudahan sukan dan rekreasi.