Kolej Teknologi Darulnaim
Home Aktiviti di KTD Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar KTD

 

 

Pengambilan Pelajar Baru Kini Di Buka

Pengambilan pelajar baru program di buka

* Diploma Kerjasama KUIS Kemasukan Mei 2010

* Diploma Kerjasama UTM Kemasukan Julai 2010

* Diploma KTD Kemasukan Julai 2010

Permohonan boleh di buat secara online atau dengan hubungi Bahagian Kemasukan Pelajar KTD di talian 09 - 7749200


Pembiayaan: MARA / PTPTN

 

Pasukan Futsal KTD Naib Johan

Pasukan Futsal KTD telah berjaya mendapat tempat ke dua dalam Pertandingan Futsal sempena Program Kaunseling Komuniti yang telah diadakan di Padang Perdana K.Bharu anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Sebanyak 12 pasukan dari IPT seluruh Kelantan telah menyertai pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Futsal KTD.

 

 

SMKA Wataniah Machang & KTD jayakan ProCAST

Seramai 172 pelajar Tingkatan 3 SMKA Wataniah Machang telah menyertai Program Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji (ProCAST) anjuran KTD dan Unit Bimbingan & Kaunseling SMKA Wataniah. Majlis pembukaan telah dirasmikan Tuan Haji Omar Bin Hamid (Ketua Jabatan Sains Sosial) SMKA Wataniah, manakala Tuan Pengetua sekolah,  Tuan Haji Jusoh Bin Omar telah berbesar hati hadir merasmikan majlis penutup program. Turut hadir ialah Guru Kaunseling sekolah, Cikgu Ahmad Bazlan Bin Mohammad Ramli. Para peserta telah merasai sentuhan motivasi, emosi dan spiritualiti dari Penceramah dan fasilitator KTD di sepanjang 1 hari program dijalankan.

  

 

Program Cemerlang Akademik & Sahsiah Terpuji (ProCAST) Anjuran KTD & Maahad Tarbiyah Islamiyah Perlis

Kolej Teknologi Darulnaim & Maahad Tarbiyah Islamiyah Perlis telah berjaya menganjurkan Program Cemerlang Akademik & Sahsiah Terpuji (ProCAST) untuk pelajar SPM 2009. Seramai 91 pelajar menghadiri program tersebut. Antara pengisian yang diberikan di sepanjang program ialah Mind Setting Goal, Strategi Belajar Cemerlang dan Perkongsian pengalaman bersama Kelab Fasilitator Harapan (KAFAH) KTD.

 

 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 5