Dewan & Bilik Kuliah
Bilik-bilik kuliah yang mampu menampung pelajar seramai 30 orang dan dewan kuliah seramai 100 orang digunakan untuk penyampaian kuliah. Kesemuanya berhawa dingin.
Pusat Sumber
Perpustakaan dilengkapi dengan buku-buku rujukan yang digunakan dalam kuliah dan juga bahan-bahan bacaan umum. Juga terdapat kelengkapan komputer untuk kegunaan pelajar. Di sini juga terdapat ruang legar yang luas beserta dengan ruang diskusi untuk kemudahan pelajar berbincang.

Makmal dan Bengkel
Terdapat 3 makmal komputer dan 1 bengkel komputer yang disediakan untuk para pelajar. Sebuah makmal kejuteraan menyediakan perkakasan-perkakasan untuk para pelajar yang mengikuti kursus Diploma kejuruteraan elektrik/elektronik. Sebuah bengkel elektrik dan sebuah bengkel penyaman udara untuk pelajar kursus Juruelektrik dan Penyejukbekuan & Pengayaman Udara. 2 buah makmal multimedia yang dilengkapi dengan komputer-komputer yang berkelajuan tinggi serta alatan-alatan yang diperlukan bagi tujuan pembangunan multimedia juga disediakan.



Kemudahan riadhah dan sukan
Terdapat sebuah gelanggang futsal, dewan badminton serta sebuah dewan ping pong untuk tujuan riadhah para pelajar. Sebuah gelanggang bola jaring juga disediakan.

Penginapan dan Pengangkutan
Asrama berserta pengangkutan juga disediakan. Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar dari luar negeri Kelantan atau Kota Bharu. Asrama terletak di kampus lama KTD iaitu di Tanjung Chat. Terdapat kemudahan bas dan transit disediakan untuk mengangkut siswa-siswi ke kampus utama.

Kafeteria
Kafeteria juga menyediakan kemudahan untuk pelajar-pelajar menjamu selera.

Surau
Surau juga disediakan untuk kemudahan menunaikan ibadah dan aktiviti-aktiviti berkaitan.

