Pinjaman MARA dan PTPTN
Syarat PTPTN:
a. Warganegara Malaysia
b. Minima 3 kredit dalam SPM
c. Sudah membuka akaun SSPN
Syarat MARA:
a. Warganegara Malaysia
b. Mempunyai 3 kredit dalam SPM, Matematik dan B.Inggeris minima lulus.
*Kepada pelajar yang tidak cukup syarat di atas, pinjaman MARA akan dipertimbangkan apabila lulus pengajian semester pertama di KTD dengan CPA sekurang-kurangnya 2.00.
Tabung Kebajikan Pelajar KTD
KTD menyediakan kemudahan pinjaman sementara kepada pelajar-pelajar bagi membiayai sara hidup sementara menunggu pinjaman diluluskan dan wang sara diri diserahkan kepada pelajar oleh penaja, dengan syarat pelajar tersebut memenuhi kriteria berikut:- Miskin
- Terbukti ada kesungguhan belajar dan ada peningkatan dalam akademik
- Berakhlak baik
Bantuan dan Sumber Kewangan Lain
Bagi sumber kewangan berbentuk biasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan daripada Pusat Zakat Negeri, Yayasan Negeri dan Perbankan tempatan perlu diurus sendiri oleh calon.
