Kolej Teknologi Darulnaim
Banner
Prasarana Memangkin Kejayaan

KTD menyediakan prasarana dan kemudahan sokongan pembelajaran yang kondusif seperti perpustakaan dan pusat sumber untuk pelajar-pelajar.

Home Hal Ehwal Akademik Syarat Kemasukan

Syarat Kemasukan

Diploma KTD

Lulus SPM sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran.

Diploma UTM

Lulus SPM/SPMV atau Sijil Politeknik yang setaraf dan mendapat sekurang-kurangnya 5 kredit dalam mata pelajaran berikut:-
  1. Bahasa Melayu
  2. Matematik
  3. Mana-mana 3 subjek lain
Pemohon-pemohon yang mendapat 3 kredit sahaja boleh memohon untuk mengikuti program Diploma UTM tetapi perlu mengambil 2 subjek tambahan pada semester 1, dari mana-mana subjek berikut mengikut keperluan kursus:-
  1. Matematik Asas
  2. Matematik Lanjutan
  3. Prinsisp Perakaunan

Pemohon yang mempunyai Sijil Politeknik layak untuk memohon pengecualian kredit bagi subjek-subjek yang berkaitan.

Gagal (F9) subjek Matematik dianggap tidak layak.


Diploma KUIS

Untuk Diploma Perbankan Islam dan Diploma E-Dagang: Lulus SPM atau yang setaraf dengannya dengan mendapat tiga (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran serta lulus Matematik dan Bahasa Inggeris.

Untuk Diploma Komunikasi: Lulus SPM atau yang setaraf dengannya dengan mendapat tiga (3) kredit, termasuk Bahasa Melayu, Sejarah dan 1 subjek lain, serta lulus Bahasa Inggeris.

Untuk Diploma Pengajian Islam: Lulus SPM atau yang setaraf dengannya dengan mendapat tiga (3) kredit dalam mana-mana subjek, dan sekurang-kurangnya lulus Bahasa Arab dan Pengajian Syariah.