Kolej Teknologi Darulnaim
Banner
Peluang Belajar di United Kingdom

KTD membuka peluang kepada pelajar-pelajar untuk meneruskan pengajian ke United Kingdom melalui kerjasama strategik.

Home Hal Ehwal Akademik

Kolej Teknologi Darulnaim menawarkan 5 kursus peringkat Diploma dengan Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia di bawah Unit Pengurusan Program Kerjasama (UPPK UTM). Kursus-kursus tersebut ialah Diploma Kejuruteraan Elektronik, Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat,) Diploma Sains Komputer (Multimedia,) Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) dan Diploma Pengurusan Teknologi.

Manakala 6 kursus peringkat Diploma dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) turut ditawarkan. Kursus-kursus tersebut adalah Diploma Pengajian Islam (Syariah,) Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & Sunnah,) Diploma Pengajian Islam (Dakwah,) Diploma Perbankan Islam, Diploma Teknologi E-Dagang dan Diploma Komunikasi.

Selain daripada kursus-kursus kerjasama di atas, Kolej Teknologi Darulnaim juga menawarkan kursus-kursusnya sendiri seperti Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Multimedia dan Diploma Perakaunan.

Untuk memastikan kursus-kursus pengajian yang ditawarkan sentiasa kompetitif dan dinamik, Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) KTD menetapkan visi dan misi berikut sebagai arah-tuju pengajian di KTD.

Visi HEA

Menjadi sebuah bahagian hal ehwal akademik yang berperanan menjana insan yang mampu mengurus ilmu secara berterusan, berasaskan hubungan dengan pencipta. Mengurus ilmu bermakna mencipta, menuntut, beramal, berkongsi, dan menyebarkan ilmu yang diperolehi

Misi HEA

Bahagian hal ehwal akademik KTD komited menyedia dan mengendalikan pelbagai program pengajian yang berupaya meningkatkan tahap interlektual dan sahsiah pelajar, melalui sistem akademik yang efektif dengan staf yang terlatih dan dinamik, sesuai dengan keperluan semasa.

Objektif HEA

  • Meningkatkan pencapaian dan tahap kecemerlangan pelajar
  • Memantapkan skil pengajaran dan pengetahuan profesional pensyarah
  • Memantapkan sistem akademik yang digunapakai
  • Menambahbaik infrastruktur pengajaran dan pembelajaran
  • Meningkatkan hubungan dan kerjasama antara staf bahagian hea dengan semua pihak yang berkepentingan.