Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) memikul tanggungjawab yang sangat besar dalam membentuk dan melahirkan pelajar yang profesional, berketerampilan dan beretika. Untuk itu, HEP menetapkan bahawa visinya adalah untuk
Membangun Pelajar Ke Arah Keseimbangan Insan Dari Segi Intelektual, Spiritual Dan Fizikal Melalui Pengurusan Dan Perkhidmatan Profesional;
makala misinya pula adalah untuk
Membentuk Insan Yang Bersahsiah Terpuji, Berilmu dan Berketerampilan Dengan Cara:
- Mendidik kearah sahsiah terpuji,
- Memberi perkhidmatan dan pengurusan yang efektif dan efisien, dan
- Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Pembangunan Rohani
Bagi memastikan pembangunan rohani yang seimbang dan tersusun, kaedah-kaedah berikut dilaksanakan:
- Penekanan Kepada Akidah, Idadah dan akhlak.
- Pelaksanaan melalui program Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT) di bawah Akademi BIAA’ merupakan salah saty program yang ditangangi secara langsung oleh HEP.
- Kelab dan Persatuan juga boleh melaksanakan beberapa program kerohanian.
Pembangunan Jasmani
Pembanguan aspek jasmani pula dicapai dengan pelaksanaan kaedah-kaedah berikut melalui aktiviti-aktiviti Kelab dan Persatuan
- Permainan & Sukan
- Badan Berunifom
- Rekreasi
- Pertandingan Peringkat Kolej dan Negeri
Program Intelek & Rohani
Program Intelek dan rohani dilaksanakan melali program PESAT dan Persatuan atau Kelab, meliputi aspek-aspek berikut:
- Memahami Konsep Manusia
- Tugas Menusia
- Konsep Kendiri
- Potensi Diri
- Kepimpinan
- Pengurusan Organisasi
- Kemahiran Komunikasi
- Kemahiran Asas Kaunseling
- Kemahiran Kerja Kumpulan
- Keusahawanan
- Kemahiran Belajar
- Kemahiran Berfikir

Hal Ehwal Pelajar