Di dalam sistem Pengurusan Kualiti KTD, terdapat beberapa badan yang merancang dan memastikan perjalanan pentadbiran dan pengajian di KTD berjalan dengan kualiti yang ditetapkan.
1. Lembaga Pengelola Kolej
Ahli-ahli Lembaga Pengelola KTD adalah dilantik oleh Ketua Eksekutif KTD. Ahli-ahlinya terdiri daripada seorang Pengerusi, Ketua Eksekutif, Setiausaha dan individu-individu yang dilantik yang berpengetahuan atau berpengalaman yang boleh membantu Lembaga. Setiausaha Lembaga adalah Pendaftar atau Pengurus Pentadbiran dan Perjawatan.
2. Jawatankuasa Pengurusan
Sebuah jawatankusa yang dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif dan ahli-ahlinya terdiri daripada semua Pengurus Bahagian dan Penolong-Penolong Pengurus Hal Ehwal Akademik. Jawatankuasa ini bertanggungjawab terhadap hal-hal pentadbiran Kolej.
3. Senat
Satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif (KE) dan dianggotai oleh Pengurus Akademik dan individu-individu yang dilantik oleh KE yang berpengetahuan dan berpengalaman yang boleh membantu jawatankuasa. Senat adalah badan akademik yang mengawal dan bertanggungjawab ke atas arahan am mengenai pengajaran, penyelidikan, peperiksaan dan penetapan serta pengurniaan Diploma program KTD dan kepujian akademik lain.
4. Jawatankuasa Kurikulum Kolej
Satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pengurus Hal Ehwal Akademik dan dianggotai oleh semua Penyelaras Program. Jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam hal-hal mempertimbangkan cadangan-cadangan pembentukan program / kursus baru.
5. Penasihat Akademik
Penasihat Akademik adalah terdiri daripada semua pensyarah yang dilantik oleh Pengurus Hal Ehwal Akademik dan bertanggungjawab terhadap bimbingan dan pemantauan akademik pelajar.
6. Fasilitator Kanan Program Sahsiah Terpuji (PESAT)
Fasilitator Kanan adalah terdiri daripada pensyarah KTD dan individu-individu dari luar institusi Kolej yang berpengetahuan atau berpengalaman yang dilantik oleh Pengurus Hal Ehwal Pelajar dan bertanggungjawab terhadap bimbingan dan pemantauan sahsiah, akhlak dan kebajikan pelajar.
7. Jawatankuasa Kewangan
Satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif, dianggotai oleh Pengurus Kewangan, Tajaan dan Kawalan Kredit, Penasihat Kewangan KTD dan individu-individu yang dilantik yang berpengetahuan atau berpengalaman yang boleh membantu Jawatankuasa.
8. Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur
Satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif, dianggotai oleh Pengurus Senggara, Pengurus Pentadbiran & Perjawatan dan individu-individu yang dilantik yang berpengetahuan atau berpengalaman yang boleh membantu Jawatankuasa.
9. Jawatankuasa Pemasaran
Satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif, dianggotai oleh Pengurus Komunikasi Korporat, Pengurus Pentadbiran & Perjawatan dan individu-individu yang dilantik yang berpengetahuan atau berpengalaman yang boleh membantu Jawatankuasa.
