Kolej Teknologi Darulnaim

Ceramah Superb Mind Spm 2016

Kuantan, 29 Mac 2016 – Program ceramah yang diberi nama Ceramah Superb Mind 2016 telah dianjurkan oleh pihak pengurusan KTD bertempat di Kuantan, Pahang Darul Makmur pada 21 Mac hingga 25 Mac 2016. Program  ceramah  selama 5 hari yang dihadiri oleh pelajar-pelajar dari tingkatan 3, 5 dan STPM itu telah dilangsung dengan jayanya.

Program yang bermula dari hari Isnin hingga Jumaat itu, telah mengadakan aktiviti yang bermanfaat kepada pelajar seperti bengkel mind map yang disampaikan oleh Encik Jumat Ms Sedang kepada pelajar yang akan menduduki SPM. Ini akan memudahkan lagi pelajar-pelajar menguasai teknik pemahaman terhadap pembelajaran mereka. Selain itu, program ini turut memperkenalkan KTD kepada guru dan pelajar seperti program yang ditawarkan oleh pihak KTD. Di samping itu, program ini juga diadakan bagi perancangan program jangka panjang bersama kaunselor sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini. Terima kasih ini dituju terutama kepada wakil-wakil pelajar dari SMK Air Putih, SMK Gudang Rasau, SMK Sungai Isap, SMK Pandan, SMK Sungai Isap Murni, SMK Seri Mahkota 2, SMK Seri Pekan, SMK Astana dan SMK Seri Damai.

En Jumat sedang bertaaruf dengan peserta program Superb Mind   Ceramah di Smk Air Putih, Kuantan di dewan terbuka