Kolej Teknologi Darulnaim

Gotong Royong 2016

Tanjung Chat, 3 Ogos – Pelajar dan felo asrama Tanjung Chat C telah bekerjasama melaksanakan aktiviti gotong royong di kediaman itu pada 29 Julai 2016.  Pelajar yang seramai 20 orang itu melakukan aktiviti gotong royong seperti mencabut rumput, sapu sampah, bersih bilik dan lain-lain. Kerjasama yang diberikan oleh pelajar dan felo ini telah menghasilkan asrama yang bersih dan kemas kerana kerja-kerja yang dilakukan menjadi lebih senang.

Dengan adanya gotong royong ini, pelajar dan felo dapat merapatkan lagi silaturrahim mereka dan  pelajar yang baru dapat mengenali felo dan senior mereka. Justeru itu, ia dapat memudahkan lagi bagi pelajar baru untuk meminta tolong jika berlaku sebarang masalah. Selain itu, dengan kerjasama yang diberikan untuk gotong royong, pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan dan menolong orang ramai.

Diharapkan dengan melakukan aktiviti sebegini dapat mengelak sebarang penyakit yeng berbahaya dan pelajar dapat hidup dalam keadaan yang bersih dan sihat.

pelajar dan felo gotng royong bersama-sama di kawasan asrama