Kolej Teknologi Darulnaim

KTD Terbaik Keseluruhan Kolej Kerjasama UTM

3 Nov 2014, Johor Bahru – Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) muncul menjadi Kolej terbaik di kalangan semua 14 buah kolej kerjasama UTM bagi tahun 2014, sempena Majis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-53 yang berlangsung di kampus universiti itu di Skudai hari ini.  Keadaan ini berlaku berdasarkan pencapaian KTD melahirkan graduan yang cemerlang yang telah berjaya mendapat Anugeran Graduan Terbaik Keseluruhan Kolej Kerjasama UTM, iaitu Cik Nazeerah Binti Miswan @ Abdul Hakim, dari Program Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan), bergaraduan dengan CPA 3.75. 

 

  

Disamping itu, KTD mencatatkan bilangan pelajar Bumiputera penerima anugerah medal graduan cemerlang yang tertinggi antara kesemua kolej kerjasama iaitu seramai 5 orang dan 100% Bumiputera, daripada keselurahan penerima anugerah seramai 28 orang.  Kelima-lima penerima anugerah dari KTD itu adalah dari kalangan fasilitator Program Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT) yang merupakan program wajib mentor mentee yang dilaksanakan oleh KTD. Program PESAT  ini dirangka khusus untuk pembentukan akhlak pelajar, melatih sifat kepimpinan dan menggalakkan pembelajaran secara berkumpulan.

 

 

Dalam Majlis Konvokesyen UTM kali ke - 53 tersebut, seramai 85 orang graduan KTD yang telah menerima diploma masing-masing dalam pelbagai bidang antaranya program Pengurusan Teknologi, Pengurusan Teknologi (Perakaunan), Kejuruteraan Elektronik, Sains Komputer (Teknologi Maklumat) dan Sains Komputer (Multimedia). Pengurusan KTD merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dah syabas khususnya kepada semua graduan KTD dan umumnya kepada semua warga kerja KTD atas segala usaha yang telah dijalankan sehingga Allah memberkati dengan anugerah kejayaan yang manis.