Kolej Teknologi Darulnaim

Hijrah Menara Gading 2016 (Himega)

Jun 2016 – “Hijrah Menara Gading 2016” adalah satu program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan KTD kepada pelajar lepasan SPM bagi mendedahkan kepada para peserta tentang kepentingan menyambung pengajian ke meTaklimat Himega kepada peserta lepasan SPM di bandar baharu banginara gading. Di samping itu, program ini juga dapat memberi galakkan dan panduan untuk menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang dari segi intelek, spiritual dan fizikal.

 Selain itu, melalui program ini, para peserta dapat memberi gambaran umum kepada para peserta mengenai persediaan-persediaan yang perlu sebelum melangkah masuk ke menara gading. Program ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kursus dan kerjaya berdasarkan minat dan kelayakan peserta bagi meneruskaan pendidikan belia ke menara gading.

Disebabkan program sedemikian yang berlangsung selama 3 hari itu mendapat sambutan hangat daripada para peserta, pihak pengurusan KTD telah melaksanakan program ini sebanyak tiga kali untuk tahun 2016 iaitu pada bulan Mac, April dan Jun. Pelbagai tempat telah diadakan bagi menjayakan program ini. Antaranya adalah Pantai Irama Bachok, Kelantan, SMK Desa Murni, Pulau Pinang, Majlis Daerah Sik, Kedah dan banyak lagi.

 Kesimpulannya, dengan wujudnya program seperti Himega akan menyedarkan lagi  para peserta untuk melanjutkan pelajaran dan memilih kursus yang sesuai bagi minat dan kelayakan para peserta. Semoga program sedemikian akan terus dianjurkan dengan lebih mantap bagi persediaan peserta untuk ke menara gading.

Taklimat Himega di Pantai Sri Tujuh oleh En Yahya

 Taklimat Himega di Perak mendapat sambutan hangat daripada lepasan SPM

Last Updated on Sunday, 28 August 2016 12:44

Hits: 126

Karnival Pendidikan MARA 2016

Mei 2016 – Pihak pengurusan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah mengambil bahagian dalam Karnival Pendidikan MARA 2016 pada bulan Mac, April dan Mei yang berlangsung selama 2 hari bagi setiap karnival. Karnival tersebut telah berlangsung di pelbagai tempat seperti Dewan Bandaraya Alor Setar, One Borneo Mall (Kota Kinabalu Sabah), Stadium Sultan Muhammad Ke-4, Terengganu Trade Centre (TTC) dan banyak lagi.

Bagi menarik minat pengunjung yang datang ke karnival tersebut, pihak KTD telah mengadakan beberapa aktiviti. Antaranya ialah pameran KTD bagi menjelaskan lagi kursus-kursus yang ditawarkan dan maklumat-maklumat berkaitan oleh pihak KTD kepada pengunjung yang hadir. Selain itu, pihak KTD juga mengadakan taklimat dan memberi keyakinan kepada pelajar supaya memilih KTD sebagai destinasi pembelajaran diploma dalam kursus-kursus mengikut minat pelajar. Oleh yang demikian, melalui karnival ini  ia dapat membina rangkaian antara staf dan pelajar.

KTD turut mengambil bahagian dalam Karnival Pendidikan MARA yang di anjurkan oleh MARA Suasana sekitar di booth KTD yang berlangsung di TTC Terengganu

Sasaran utama  pengunjung yang hadir ialah pelajar tingkatan 5 dan 6. Selain itu, pelajar spm, stpm, stam, matrikulasi dan asasi juga merupakan sasaran utama bagi pihak KTD untuk memberi taklimat dan keyakinan untuk memilih destinasi pembelajaran.

Diharapkan karnival sedemikian terus dipergiatkan agar pelajar dan para ibu bapa pelajar sentiasa mengetahui keadaan institusi semasa.

Prof Madya Mohd Noor Hussin, Ketua Eksekutif KTD juga turun padang di karnival penddidkan mara bertempat Stadium Sultan Muhammad ke-4 Kota Bharu Kelantan Turut hadir berprogram di karnival pendidikan mara di Sabah

Last Updated on Monday, 29 August 2016 10:04

Hits: 127

Ceramah Superb Mind Spm 2016

Kuantan, 29 Mac 2016 – Program ceramah yang diberi nama Ceramah Superb Mind 2016 telah dianjurkan oleh pihak pengurusan KTD bertempat di Kuantan, Pahang Darul Makmur pada 21 Mac hingga 25 Mac 2016. Program  ceramah  selama 5 hari yang dihadiri oleh pelajar-pelajar dari tingkatan 3, 5 dan STPM itu telah dilangsung dengan jayanya.

Program yang bermula dari hari Isnin hingga Jumaat itu, telah mengadakan aktiviti yang bermanfaat kepada pelajar seperti bengkel mind map yang disampaikan oleh Encik Jumat Ms Sedang kepada pelajar yang akan menduduki SPM. Ini akan memudahkan lagi pelajar-pelajar menguasai teknik pemahaman terhadap pembelajaran mereka. Selain itu, program ini turut memperkenalkan KTD kepada guru dan pelajar seperti program yang ditawarkan oleh pihak KTD. Di samping itu, program ini juga diadakan bagi perancangan program jangka panjang bersama kaunselor sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini. Terima kasih ini dituju terutama kepada wakil-wakil pelajar dari SMK Air Putih, SMK Gudang Rasau, SMK Sungai Isap, SMK Pandan, SMK Sungai Isap Murni, SMK Seri Mahkota 2, SMK Seri Pekan, SMK Astana dan SMK Seri Damai.

En Jumat sedang bertaaruf dengan peserta program Superb Mind   Ceramah di Smk Air Putih, Kuantan di dewan terbuka

Last Updated on Tuesday, 29 March 2016 08:47

Hits: 179

Program KTD Bersama Pelajar (Lawatan Sekolah)

Pengkalan Chepa, 23 Mac  – “Program Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) bersama pelajar” telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Mac 2016 iaitu pada hari Khamis yang lalu. Program tersebut dihadiri oleh pelajar SMK Sultanah Bahiyah dari Negeri Kedah di Dewan Besar KTD.

Lawatan sekolah itu disambut baik oleh MPM KTD dan pihak pengurusan KTD. Presiden MPM KTD memeriahkan program tersebut dengan mengadakan aktiviti ramah mesra bersama pelajar dengan melakukan pelbagai aksi yang menghiburkan. Pelajar juga diberi ilmu yang bermanfaat dengan melakukan latihan dalam kumpulan yang dipimpin oleh para MPM KTD.

Di samping itu, para pelajar juga disajikan dengan ceramah motivasi pelajar yang mantap oleh Dr. Razali Maarof. Ceramah motivasi itu mendapat perhatian yang sepenuhnya oleh para pelajar kerana penyampaian penceramah yang sangat mantap dan menarik hati serta diselit sedikit dengan lawak jenaka yang menghiburkan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan semoga program sedemikian akan terus di laksanakan.

Slot motivasi bersama Dr Razali Maarof. Memang OWESOME   Presiden MPM beraksi bagi menghiburkan pelajar   Fokus. Pelajar sedang mendengar dengan teliti nasihat yang disampaikan oleh penceramah

Last Updated on Tuesday, 30 August 2016 09:38

Hits: 91

ROAD TOUR CERAMAH MOTIVASI BELAJAR (MIND SUPERB !) 2016

Kedah Darulaman, Februari 2016 – Kira-kira 12 buah sekolah di kawasan sekitar Sungai Petani dan 10 buah sekolah di kawasan sekitar  Alor Setar telah menghantar pelajar bagi menyertai program  yang dianjurkan oleh pihak pengurusan KTD baru-baru ini. Program yang diberi nama Road Tour Ceramah Motivasi Belajar (Mind Superb!) ini menyasarkan pelajar-pelajar dari tingkatan 4,5, STAM dan SPTM bagi memberi motivasi kepada diri belia untuk terus berjuang dalam pendidikan.

Program ini diadakan selama 5 hari bertempat di Sungai Petani dan Alor Setar yang melibatkan sekolah-sekolah di kawasan sekitar. Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Kota Kuala Muda, Maahad Tahfiz Darul Mutaqin, SMK Pengkalan Lebai Man, SMK Taman Ria, SMK Agama Kedah, SMK Darulaman, SMK Mergong dan banyak lagi.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyampaikan teknik pembelajaran yang cekap kepada pelajar-pelajar untuk menduduki peperiksaan penting. Ceramah itu disampaikan oleh Brother Jumat Ms Sedang. Selain itu, tujuan program ini juga diadakan bagi memperkenalkan KTD kepada guru dan pelajar sekolah. Sehubungan dengan itu, melalui program ini dapat membina hubungan baik antara KTD dan pihak sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Brother Jumat Ms Sedang menyampaikan Ceremah Beliau        Pelajar Smk Kota Kuala Muda asyik mendengar Ceramah

       

Last Updated on Tuesday, 30 August 2016 08:28

Hits: 172

KTD Terbaik Keseluruhan Kolej Kerjasama UTM

3 Nov 2014, Johor Bahru – Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) muncul menjadi Kolej terbaik di kalangan semua 14 buah kolej kerjasama UTM bagi tahun 2014, sempena Majis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-53 yang berlangsung di kampus universiti itu di Skudai hari ini.  Keadaan ini berlaku berdasarkan pencapaian KTD melahirkan graduan yang cemerlang yang telah berjaya mendapat Anugeran Graduan Terbaik Keseluruhan Kolej Kerjasama UTM, iaitu Cik Nazeerah Binti Miswan @ Abdul Hakim, dari Program Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan), bergaraduan dengan CPA 3.75. 

 

  

Disamping itu, KTD mencatatkan bilangan pelajar Bumiputera penerima anugerah medal graduan cemerlang yang tertinggi antara kesemua kolej kerjasama iaitu seramai 5 orang dan 100% Bumiputera, daripada keselurahan penerima anugerah seramai 28 orang.  Kelima-lima penerima anugerah dari KTD itu adalah dari kalangan fasilitator Program Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT) yang merupakan program wajib mentor mentee yang dilaksanakan oleh KTD. Program PESAT  ini dirangka khusus untuk pembentukan akhlak pelajar, melatih sifat kepimpinan dan menggalakkan pembelajaran secara berkumpulan.

 

 

Dalam Majlis Konvokesyen UTM kali ke - 53 tersebut, seramai 85 orang graduan KTD yang telah menerima diploma masing-masing dalam pelbagai bidang antaranya program Pengurusan Teknologi, Pengurusan Teknologi (Perakaunan), Kejuruteraan Elektronik, Sains Komputer (Teknologi Maklumat) dan Sains Komputer (Multimedia). Pengurusan KTD merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dah syabas khususnya kepada semua graduan KTD dan umumnya kepada semua warga kerja KTD atas segala usaha yang telah dijalankan sehingga Allah memberkati dengan anugerah kejayaan yang manis.

 

 

 

Last Updated on Friday, 07 November 2014 17:52

Hits: 2140

Pendaftaran Pelajar Baru sesi 2014/2015

Pendaftaran pelajar baru Kolej Teknologi Darulnaim bagi sesi pengajian 2014/2015 telah berlangsung pada 25 hb Mei 2014. Seramai 206 pelajar baru telah mendaftar bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma. Program-program yang ditawarkan meliputi program Diploma KTD , Program kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Program kerjasama dengan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

"Keunikan KTD" adalah terdapat ramai juga dikalangan pelajar baru yang merupakan adik atau saudara kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian di KTD. Terdapat Alumni yang datang menghantar saudara atau jiran sekampung. Ada dikalangan keluarga pelajar yang sedia ada menghantar anak rakan-rakan mereka menyambung pengajian di KTD. Pelajar-pelajar yang mendaftar di KTD datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

 

 

Last Updated on Tuesday, 27 May 2014 13:52

Hits: 1660