Kolej Teknologi Darulnaim

TAKLIMAT - MATLAMAT & HALATUJU :: Sarjana Muda Pengurusan Teknologi

Taklimat berkaitan matlamat dan halatuju Program Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (SHAD) - UTM/KTD telah disampaikan oleh Penyelaras Program Sarjana Muda Pengurusan Teknologi , Dr Md Razib Arshad pada 20 Mei 2014 di Dewan Besar KTD.

 

Last Updated on Wednesday, 21 May 2014 09:53

Hits: 1022

Ziarah Dari Alumni KTD Yang Sedang Belajar di UniKL

 

Last Updated on Saturday, 12 April 2014 10:44

Hits: 802

MOU Antara KTD - GCU

Kota Bharu, 23 Mac 2014 – Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dengan Glasgow Caledonian University (GCU) telah berlangsung di Kolej Teknologi Darulnaim, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan dengan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan KTD.  GCU telah diwakili oleh Professor Dr Caroline Parker (PhD MSc MBCS MIEHF) - Associate Dean of International School of Engineering and Built Environment, manakala KTD pula diwakili oleh Ketua Eksekutif KTD, Dr Hj Abdullah Sudin Ab Rahman.

  

Selepas menandatangani MOU, Prof Dr Caroline Parker telah membuat perjumpaan dengan pelajar-pelajar tahun akhir KTD dan memberikan taklimat mengenai peluang menyambungkan pengajian di GCU.  Di akhir sesi tersebut pelajar-pelajar berpeluang berbincang dan mengemukakann pelbagai pertanyaan mengenai hal-hal berkaitan.

 

Glasgow Caledonian Universiti (GCU) merupakan salah sebuah universiti yang terbesar di Scotland dengan bilangan pelajar menghampiri 17,000 orang.  GCU mempunyai kampus di Glasgow, London, dan New York, Kolej Bersekutu di Oman dan Bangladesh, dan rakan kongsi strategik utama di USA, India, China, dan Amerika Selatan.  Terdapat tiga (3) fakulti pengajian di GCU iaitu School of Business and Society, School of Engineering and Built Environment  dan School of Health and Life Sciences yang menawarkan pelbagai program di peringkat ijazah dan lepasan ijazah.

 

Last Updated on Thursday, 27 March 2014 10:23

Hits: 564

Majlis Menandatangani Perjanjian & Penyerahan Tapak Projek

Majlis Menandatangani Perjanjian dan Penyerahan Tapak Projek - Membina dan Menambahbaik Asrama Kediaman Tanjung Chat di antara Kolej Teknologi Darulnaim dengan Raja Hussin Sdn Bhd pada 24 Februari 2014.

Last Updated on Tuesday, 18 March 2014 23:11

Hits: 552

Read more...

Tengku Mahkota Pahang Berkenan Saksikan Persembahan Flash Mob Palestin Pelajar KTD

KUANTAN, 29 Januari 2013 - Majlis Pelancaran dan Penyerahan Dana Tabung Palestin-Gaza oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah telah disempurnakan dengan jayanya di Dewan Perdana Ballroom, MS Garden di sini.

Last Updated on Tuesday, 18 March 2014 23:14

Hits: 1253

Read more...

Alumni KTD UniKL Berukhwah Sempena Maulidur Rasul

HULU LANGAT, 24 JAN 2013- Perjumpaan bekas pelajar-pelajar KTD yang kini melanjutkan  pengajian di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) telah diadakan di kediaman Ir.Megat Thaidi bin Nik Ngah, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam rangka menautkan ukhwah sempena sambutan Maulidur Rasul 1434H.  

Last Updated on Tuesday, 18 March 2014 23:15

Hits: 1065

Read more...