Kolej Teknologi Darulnaim

ROAD TOUR CERAMAH MOTIVASI BELAJAR (MIND SUPERB !) 2016

Kedah Darulaman, Februari 2016 – Kira-kira 12 buah sekolah di kawasan sekitar Sungai Petani dan 10 buah sekolah di kawasan sekitar  Alor Setar telah menghantar pelajar bagi menyertai program  yang dianjurkan oleh pihak pengurusan KTD baru-baru ini. Program yang diberi nama Road Tour Ceramah Motivasi Belajar (Mind Superb!) ini menyasarkan pelajar-pelajar dari tingkatan 4,5, STAM dan SPTM bagi memberi motivasi kepada diri belia untuk terus berjuang dalam pendidikan.

Program ini diadakan selama 5 hari bertempat di Sungai Petani dan Alor Setar yang melibatkan sekolah-sekolah di kawasan sekitar. Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Kota Kuala Muda, Maahad Tahfiz Darul Mutaqin, SMK Pengkalan Lebai Man, SMK Taman Ria, SMK Agama Kedah, SMK Darulaman, SMK Mergong dan banyak lagi.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyampaikan teknik pembelajaran yang cekap kepada pelajar-pelajar untuk menduduki peperiksaan penting. Ceramah itu disampaikan oleh Brother Jumat Ms Sedang. Selain itu, tujuan program ini juga diadakan bagi memperkenalkan KTD kepada guru dan pelajar sekolah. Sehubungan dengan itu, melalui program ini dapat membina hubungan baik antara KTD dan pihak sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Brother Jumat Ms Sedang menyampaikan Ceremah Beliau        Pelajar Smk Kota Kuala Muda asyik mendengar Ceramah

       

Last Updated on Tuesday, 30 August 2016 08:28

Hits: 166

KTD Terbaik Keseluruhan Kolej Kerjasama UTM

3 Nov 2014, Johor Bahru – Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) muncul menjadi Kolej terbaik di kalangan semua 14 buah kolej kerjasama UTM bagi tahun 2014, sempena Majis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-53 yang berlangsung di kampus universiti itu di Skudai hari ini.  Keadaan ini berlaku berdasarkan pencapaian KTD melahirkan graduan yang cemerlang yang telah berjaya mendapat Anugeran Graduan Terbaik Keseluruhan Kolej Kerjasama UTM, iaitu Cik Nazeerah Binti Miswan @ Abdul Hakim, dari Program Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan), bergaraduan dengan CPA 3.75. 

 

  

Disamping itu, KTD mencatatkan bilangan pelajar Bumiputera penerima anugerah medal graduan cemerlang yang tertinggi antara kesemua kolej kerjasama iaitu seramai 5 orang dan 100% Bumiputera, daripada keselurahan penerima anugerah seramai 28 orang.  Kelima-lima penerima anugerah dari KTD itu adalah dari kalangan fasilitator Program Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT) yang merupakan program wajib mentor mentee yang dilaksanakan oleh KTD. Program PESAT  ini dirangka khusus untuk pembentukan akhlak pelajar, melatih sifat kepimpinan dan menggalakkan pembelajaran secara berkumpulan.

 

 

Dalam Majlis Konvokesyen UTM kali ke - 53 tersebut, seramai 85 orang graduan KTD yang telah menerima diploma masing-masing dalam pelbagai bidang antaranya program Pengurusan Teknologi, Pengurusan Teknologi (Perakaunan), Kejuruteraan Elektronik, Sains Komputer (Teknologi Maklumat) dan Sains Komputer (Multimedia). Pengurusan KTD merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dah syabas khususnya kepada semua graduan KTD dan umumnya kepada semua warga kerja KTD atas segala usaha yang telah dijalankan sehingga Allah memberkati dengan anugerah kejayaan yang manis.

 

 

 

Last Updated on Friday, 07 November 2014 17:52

Hits: 2125

Pendaftaran Pelajar Baru sesi 2014/2015

Pendaftaran pelajar baru Kolej Teknologi Darulnaim bagi sesi pengajian 2014/2015 telah berlangsung pada 25 hb Mei 2014. Seramai 206 pelajar baru telah mendaftar bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma. Program-program yang ditawarkan meliputi program Diploma KTD , Program kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Program kerjasama dengan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

"Keunikan KTD" adalah terdapat ramai juga dikalangan pelajar baru yang merupakan adik atau saudara kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian di KTD. Terdapat Alumni yang datang menghantar saudara atau jiran sekampung. Ada dikalangan keluarga pelajar yang sedia ada menghantar anak rakan-rakan mereka menyambung pengajian di KTD. Pelajar-pelajar yang mendaftar di KTD datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

 

 

Last Updated on Tuesday, 27 May 2014 13:52

Hits: 1650

TAKLIMAT - MATLAMAT & HALATUJU :: Sarjana Muda Pengurusan Teknologi

Taklimat berkaitan matlamat dan halatuju Program Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (SHAD) - UTM/KTD telah disampaikan oleh Penyelaras Program Sarjana Muda Pengurusan Teknologi , Dr Md Razib Arshad pada 20 Mei 2014 di Dewan Besar KTD.

 

Last Updated on Wednesday, 21 May 2014 09:53

Hits: 1022

Ziarah Dari Alumni KTD Yang Sedang Belajar di UniKL

 

Last Updated on Saturday, 12 April 2014 10:44

Hits: 802

MOU Antara KTD - GCU

Kota Bharu, 23 Mac 2014 – Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dengan Glasgow Caledonian University (GCU) telah berlangsung di Kolej Teknologi Darulnaim, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan dengan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan KTD.  GCU telah diwakili oleh Professor Dr Caroline Parker (PhD MSc MBCS MIEHF) - Associate Dean of International School of Engineering and Built Environment, manakala KTD pula diwakili oleh Ketua Eksekutif KTD, Dr Hj Abdullah Sudin Ab Rahman.

  

Selepas menandatangani MOU, Prof Dr Caroline Parker telah membuat perjumpaan dengan pelajar-pelajar tahun akhir KTD dan memberikan taklimat mengenai peluang menyambungkan pengajian di GCU.  Di akhir sesi tersebut pelajar-pelajar berpeluang berbincang dan mengemukakann pelbagai pertanyaan mengenai hal-hal berkaitan.

 

Glasgow Caledonian Universiti (GCU) merupakan salah sebuah universiti yang terbesar di Scotland dengan bilangan pelajar menghampiri 17,000 orang.  GCU mempunyai kampus di Glasgow, London, dan New York, Kolej Bersekutu di Oman dan Bangladesh, dan rakan kongsi strategik utama di USA, India, China, dan Amerika Selatan.  Terdapat tiga (3) fakulti pengajian di GCU iaitu School of Business and Society, School of Engineering and Built Environment  dan School of Health and Life Sciences yang menawarkan pelbagai program di peringkat ijazah dan lepasan ijazah.

 

Last Updated on Thursday, 27 March 2014 10:23

Hits: 564