Kolej Teknologi Darulnaim

ROAD TOUR CERAMAH MOTIVASI BELAJAR (MIND SUPERB !) 2016

Kedah Darulaman, Februari 2016 – Kira-kira 12 buah sekolah di kawasan sekitar Sungai Petani dan 10 buah sekolah di kawasan sekitar  Alor Setar telah menghantar pelajar bagi menyertai program  yang dianjurkan oleh pihak pengurusan KTD baru-baru ini. Program yang diberi nama Road Tour Ceramah Motivasi Belajar (Mind Superb!) ini menyasarkan pelajar-pelajar dari tingkatan 4,5, STAM dan SPTM bagi memberi motivasi kepada diri belia untuk terus berjuang dalam pendidikan.

Program ini diadakan selama 5 hari bertempat di Sungai Petani dan Alor Setar yang melibatkan sekolah-sekolah di kawasan sekitar. Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Kota Kuala Muda, Maahad Tahfiz Darul Mutaqin, SMK Pengkalan Lebai Man, SMK Taman Ria, SMK Agama Kedah, SMK Darulaman, SMK Mergong dan banyak lagi.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyampaikan teknik pembelajaran yang cekap kepada pelajar-pelajar untuk menduduki peperiksaan penting. Ceramah itu disampaikan oleh Brother Jumat Ms Sedang. Selain itu, tujuan program ini juga diadakan bagi memperkenalkan KTD kepada guru dan pelajar sekolah. Sehubungan dengan itu, melalui program ini dapat membina hubungan baik antara KTD dan pihak sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Brother Jumat Ms Sedang menyampaikan Ceremah Beliau        Pelajar Smk Kota Kuala Muda asyik mendengar Ceramah